Khamis, 3 Mac 2011

Komik











Komen:
Salah satu bacaan yang sering menjadi pilihan remaja dan kanak-kanak ialah membaca komik. Komik diminati untuk dibaca kerana gambar atau karikatur yang menarik walaupun bahasa yang digunakan tidak menepati peraturan tatabahasa yang betul. Kartun adalah sebagai watak yang akan memainkan peranan penting untuk menggerakkan sesebuah cerita yang ingin disampaikan. Komik menggunakan teknik penceritaan dengan menggunakan dialog. Ada sesetengah bahagian sahaja menggunakan teknik pemerian untuk membantu permbaca lebih memahami cerita atau mesej yang terdapat dalam cerita tersebut. Bahasa atau dialog yang dituturkan adalah ringkas dan pendek-pendek. Dialog yang ditulis dalam komik juga terdiri daripada ayat yang tergantung dan tidak lengkap seperti dalam contoh petikan komik di atas. Hal ini demikian kerana, kebanyakan komik telah diterjemah dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, apabila kita membaca komik kebanyakan ayatnya tidak lengkap dan kurang difahami. Komik banyak dihasilkan daripada bahasa Jepun dan kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Melayu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan