Isnin, 7 Mac 2011

Bahasa Rojak

samtaim, rasa macam cuma dipergunakan untuk waktu2 gembira ~
apter dat, rasa macam diabaikan bila tak diperlukan lagi ~
pelas, rasa macam mungkin banyak hal lagi best kot,aku tak best ~
masbe cuma perasaan aku ja. bat macam mana kalau betol ?
...** hoihhhh p buat keja nuU..dok log in FB pastu tacing2 pasai pa

Komen:

Lihatlah betapa bahasa digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan ejaan dan tatabahasa yang betul. Zaman teknologi telah mengubah segalanya. Bukan sahaja cara hidup masyarakat Malaysia yang menerima pengaruh barat tetapi bahasa juga telah mengalami perubahan. Bahasa Inggeris dieja dengan salah kerana mengikut sebutan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu dicampuradukkan dengan dialek Kedah dan terdapat juga penggunaan bahasa Inggeris. Walaupun penulisan tersebut bukanlah penulisan yang berbentuk ilmiah dan untuk laman sosial tetapi kita mestilah mengikut etika berbahasa yang betul. Jika tidak sia-sia sahaja usaha kita selama ini belajar dari sekolah rendah hingga sekolah menengah belajar membaca, mengeja dan menulis. Bahasa melambangkan jati diri kita dan nilai cinta akan bahasa perlu diterapkan dalam jiwa masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan