Jumaat, 21 Januari 2011

Bahasa dalam Mantera



Pada hari ini saya berkesempatan untuk menonton filem ‘Ngangkung’. Genre filem ini adalah komedi seram yang diarahkan oleh pengarah berbakat besar iaitu Ismail Hashim atau Bob. Filem ini banyak memasukkan unsur bahasa iaitu mantera sebagai daya tarikan penonton untuk menonton filem ini. Saya juga tertarik dengan bahasa yang digunakan dalam bacaan mantera. Ada sesetengah perkataan yang diujarkan dalam mantera ini agak melucukan dan ada juga yang saya sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan yang meniti di bibir bomoh. Dalam cerita ini juga ada diselitkan dengan loghat sesebuah negeri seperti bomoh yang terdapat dalam cerita ini menggunakan dialek Kelantan. Hal ini menggambarkan bomoh tersebut adalah berasal daripada Kelantan berdasarkan tutur bicaranya.

video


video

Komen: 


Mantera merupakan kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain. Namun, pada hari ini mantera digunakan untuk tujuan yang menyalahi hukum syarak dan merupakan suatu perbuatan syirik. Bahasa yang digunakan kebanyakannya tidak difahami dan tidak logik dek akal. Apa pandangan anda tentang mantera? Pada pendapat saya bacaan mantera pada masa kini hanyalah terlintas di fikiran semata-mata. Tidak dapat dinafikan ada juga mantera yang masih mengutamakan ayat-ayat suci Al-Quran dan kata-kata memuji kebesaran Allah.
Contohnya yang pernah anda lihat dalam filem ‘Ngangkung’, perkataan yang disebut sebagai mantera ialah “Nabo ta sha”, “biskut bertemu marrie”, “utara bertemu selatan”, “timur bertemu barat”.