Rabu, 2 Mac 2011

Aduan Rakyat






Komen:


Video yang dipaparkan di atas adalah contoh penggunaan bahasa yang baik dalam menyampaikan sesuatu berita kepada masyarakat. Siapa yang tidak kenal dengan Karam Singh Walia. Beliau merupakan wartawan di salah sebuah stesen televisyen swasta yang cukup terkenal denga peribahasa yang bersesuaian denga isu alam sekitar yang diketengahkan. Beliau mempunyai gaya yang tersendiri dalam menyampaikan berita iaitu yang paling diingati ialah beliau akan mengangkat tangan berulang-ulang kali sambil menyampaikan berita atau liputan daripada kawasan yang biasanya mengalami masalah pemcemaran alam sekitar. Gaya dan bahasa yang digunakan harus mendapat pujian kerana jarang kita dapat menjumpai rakyat yang bukan daripada keturunan Melayu fasih berbahasa Melayu dan kreatif dalam menghasilkan pepatah atau peribahasa yang begitu berkesan dan sesuai dengan masa sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan