Jumaat, 11 Februari 2011

Kata Ganda Berirama

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.

Contohnya:

persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum
persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang



Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-desus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau


Komen:
Pengajaran bahasa Melayu sememangnya merupakan suatu perkara yang menarik dan kreatif. Kepelbagaian dalam berbahasa dan kata-kata yang digunakan melambangkan penutur yang peka terhadap perkembangan bahasa. Kewujudan kata-kata yang menarik dan puitis menjadikan seseorang lebih berminat dalam menggunakan bahasa dan tidak hanya berfokuskan kepada kata-kata yang menjadi kebiasaan semata-mata.

3 ulasan:

  1. Slm sdri. Penggolongan kata ganda berima/berentak sebenarnya masih rencam dan belum tuntas. Saranan saya, kalau hendak membincangkan penggolongannya, sekurang-kurangnya elok merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan terbitan DBP (cth. 2008) supaya tidak mengelirukan. Sebenarnya saya sendiri mengkritik pembahagian tersebut, (rujuk Jurnal Bahasa Jun 2011) tetapi tujuannya adalah untuk memantapkan kajian sedia ada dan belum sampai kepada tahap penggunaan harian. Utk pengguna BM, elok juga rujuk krya sarjana seperti Abdullah Hassan dan Asmah Omar. Skdr berkongsi. Sekian (Mohd Yunus Sharum, UPM)

    BalasPadam