Khamis, 20 Januari 2011

Retorik Interpersonal

Penggunaan bahasa untuk hari ini ialah diambil berdasarkan situasi yang terdapat dalam buku Semantik dan Pragmatik. Sebagai contoh ialah sukar untuk mendengar pelanggan yang membuat bantahan atau sungutan secara agresif.
Contoh dialog dalam situasi perbincangan untuk memperoleh sesuatu keputusan.

Anda  : Kita memerlukan warna baru untuk produk ini.
Rakan: Saya cadangkan warna kuning, ia terang dan menarik apabila dilihat.
Anda  : (Diam dan merajuk. Dia rasa dihina kerana ideanya terus ditolak)

Komen:

Sepatutnya kita tidak boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu untuk menunjukkan tanda tidak setuju dengan cadangan yang dikemukakan. Sebaliknya kita perlu mewujudkan suatu prinsip kerjasama dengan menghargai dan menghormati perasaan orang lain. Perkataan-perkataan yang halus, lembut dan berdiplomasi ini akan menyebabkan orang lain akan terus mendengar. Alternatif lain seperti mengeluarkan kata-kata seperti
“Saya mengagumi pendapat anda yang teguh mengenai hal yang kita bincangkan ini tetapi saya percaya anda akan rasa berlainan setelah mendengar penerangan daripada saya nanti” atau
“Benar Ali, kita memerlukan warna yang terang dan menarik. Boleh Ali cadangkan satu warna lain yang dapat mengatasi masalah senang Nampak kotor seperti rungutan pelanggan. Pelanggan nampaknya kurang menyukai warna kuning.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan