Jumaat, 18 Mac 2011

Motivasi Bahasa Agama


Walaupun sibuk melakukan pelbagai tugasan yang masih belum diselesaikan, saya masih mempunyai kesempatan untuk membaca dua buah buku yang berunsur agama dan motivasi yang sangat berguna untuk bergelar sebagai muslimah sejati. Dua buah buku yang dimaksudkan ialah Riwayat Bidadari Syurga hasil tulisan Munif Ahmad dan sebuah buku lagi ialah Sejuta Cinta untuk Ibunda karya Burhan Sodiq. Buku Riwayat Bidadari Syurga menampilkan tema penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Buku ini juga turut disertakan dengan lirik-lirik lagu nasyid yang sering berkumandang di radio-radio seperti Sumayyah, Ratu Syahadah, Ainul Mardiah, Aisya Humaira dan banyak lagi. Buku Sejuta Cinta untuk Ibunda pula ialah sebuah naskhah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Hanya dengan reda ibu dan bapa, kita dapat memiliki reda Allah.


Komen:

Pada pandangan saya, kedua-dua buah buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana menyentuh soal keagamaan dan dunia pada hari ini. Bahasa yang digunakan dalam buku ini sangat puitis diselitkan dengan unsur- unsur Islam dengan mengemukakan hadis sebagai hujah yang kukuh kepada setiap sesuatu yang diperkatakan. Sememangnya, kedua-dua buah buku ini mampu menyentuh perasaan pembaca sehingga berjaya menitiskan air mata bagi mereka yang menghayati setiap cerita dan kisah yang disampaikan. Pengarang bijak dalam pemilihan kata-kata sehingga dapat memberikan motivasi dan kesedaran kepada pembaca. Pengarang juga banyak menggunakan laras agama iaitu mengemukakan ayat-ayat suci Al-Quran berkaitan topik yang diketengahkan. Pembacaan yang dibuat mampu memberikan impak yang positif terhadap diri pembaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan