Isnin, 17 Januari 2011

Penggunaan Bahasa Inggeris

Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan penulisan diari siswi ini. Situasi pada hari ini ialah berkaitan dengan amanat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang diselitkan semasa kuliah berlangsung. Pensyarah kursus Sosiolinguistik kami, Dr. Siti Saniah binti Abu Bakar mengatakan bahawa Naib Canselor menekankan SCL iaitu Student Centerd  Learning. Contohnya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak semata-mata bertumpu kepada guru. Pelajar tidak sepatutnya hanya bergantung kepada guru semata-mata untuk memberikan ilmu dan bahan pengajaran tetapi pelajar perlu mencari alternatif sendiri.  Sikap kerjasama ini akan menjadikan pelajar lebih berdikari dalam mengatur strategi pelajaran mereka

Komen:

Walaupun kami mengambil Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu, kami turut didedahkan oleh pensyarah dengan penggunaan Bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu. Beliau turut menerangkan kepada kepada kami maksud sebenar yang diperkatakan berkaitan SCL itu. Suatu maklumat baru yang kami peroleh walaupun tidak mendengar sendiri amanat daripada Naib Canselor itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan