Selasa, 18 Januari 2011

Bahasa isyarat atau bahasa badan

Kisah pada hari ini berdasarkan penggunaan bahasa iaitu semasa kuliah KOMSAS berlangsung. Pada sesi pengajaran, Prof. Madya Dr. Hjh. Siti Khariah iaitu pensyarah untuk kursus ini ada membincangkan perkataan ‘seloroh’ yang bermaksud menyindir atau bergurau. Contoh yang diberikan ialah:
Si A : Cantiknya baju awak hari ini
Si B: Terima kasih.
Padahal sebenarnya Si A berkata demikian kerana si B tidak perasan bahawa Si A sebenarnya yang memakai baju baru. Oleh sebab si B tidak menegurnya makan Si A pun berkata sedemikian.
Dr. Khiriah juga ada berkata bahawa bahasa badan banyak digunakan oleh orang-orang tua. Contohnya orang tua tidak suka jika anak-anak mereka bergaul dengan kawan-kawan mereka semasa mereka bertandang ke rumah. Orang tua atau ibu bapa kita juga akan mengelakkan anak-anak mereka menyampuk jika mereka sedang bercakap. Oleh itu mereka akan menggunakan bahasa isyarat seperti mengenyitkan mata supaya kita masuk ke dalam bilik atau menyuruh kita membuat air untuk tetamu yang datang. Sesetengah anak remaja tidak memahami bahasa isyarat yang ditunjukkan itu.
Anak: Kenapa mak? Mak sakit mata ke?
Komen:
Kadang-kadang kita tidak dapat mentafsir maksud sebenar yang disampaikan seseorang kepada kita. Pandangan atau pendapat seseorang adalah berbeza dengan pendapat orang lain. Oleh sebab itu amatlah penting bagi kita memilih bahasa yang sesuai untuk dijadikan sebagai alat komunikasi. Bahasa badan atau isyarat bahasa yang hendak digunakan juga mestilah difahami oleh orang yang diajak berbual. Jika tidak pastinya akan menimbulkan kekeliruan bagi pendengar atau orang sekeliling.

Isnin, 17 Januari 2011

Penggunaan Bahasa Inggeris

Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan penulisan diari siswi ini. Situasi pada hari ini ialah berkaitan dengan amanat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang diselitkan semasa kuliah berlangsung. Pensyarah kursus Sosiolinguistik kami, Dr. Siti Saniah binti Abu Bakar mengatakan bahawa Naib Canselor menekankan SCL iaitu Student Centerd  Learning. Contohnya proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak semata-mata bertumpu kepada guru. Pelajar tidak sepatutnya hanya bergantung kepada guru semata-mata untuk memberikan ilmu dan bahan pengajaran tetapi pelajar perlu mencari alternatif sendiri.  Sikap kerjasama ini akan menjadikan pelajar lebih berdikari dalam mengatur strategi pelajaran mereka

Komen:

Walaupun kami mengambil Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu, kami turut didedahkan oleh pensyarah dengan penggunaan Bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu. Beliau turut menerangkan kepada kepada kami maksud sebenar yang diperkatakan berkaitan SCL itu. Suatu maklumat baru yang kami peroleh walaupun tidak mendengar sendiri amanat daripada Naib Canselor itu.